Subjek mata pelajaran vokasional (MPV) di semua sekolah harian akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat bermula tahun depan (2012). Langkah berkenaan dibuat sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional seperti yang telah ditetapkan kerajaan baru-baru ini.
Semua sekolah harian selepas ini tidak lagi diajar MPV. Bagi mereka yang berminat untuk belajar dalam bidang tersebut, kerajaan akan menyediakan peluang belajar di Kolej Vokasional menerusi Program Asas Vokasional (PAV). PAV ini dikhususkan untuk pelajar peringkat Tingkatan 1 hingga 3 dan mereka turut diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat.
Kementerian juga turut bercadang melanjutkan tempoh pengajian peringkat menengah atas kepada tiga tahun berbanding dua tahun di sekolah menengah teknik atau vokasional sebelum ini. Selepas pelajar menamatkan peringkat pengajian menengah atas di Kolej Vokasional selama tiga tahun, mereka layak diberikan SKM Tahap IV.
No comments:
Post a Comment