Monday, July 11, 2011

PROGRAM DESIGN INNOVATION EXPLORATION 2011

Program Design Innovation Exploration 2011 bermatlamat untuk memupuk minat dan menjana minda kreatif khususnya di kalangan generasi muda terhadap inovasi dalam rekabentuk. 


Pertandingan pada tahun ini mencabar bakat-bakat di Malaysia untuk memberikan idea bagi rekabentuk household products untuk kegunaan orang kurang upaya. Rekabentuk tersebut perlu mengambilkira garis panduan yang telah ditetapkan.


Konsep Universal Design adalah untuk memudahkan kehidupan semua golongan pengguna melalui penghasilan produk, alatan komunikasi dan pembangunan persekitaran yang boleh dimanfaatkan oleh lebih ramai pengguna, tanpa atau dengan kos yang paling minima. Konsep ini mensasarkan pengguna dari pelbagai peringkat usia, saiz dan keupayaan.







No comments:

Post a Comment