Friday, February 18, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2011

18 Februari 2011 (Jumaat)
Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah diadakan. Majlis dimulakan dengan Bacaan Yassin secara beramai-ramai dengan diketuai oleh Encik Wan Musa untuk dihadiahkan kepada Encik Mohd Zaib bin Ismail yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Ampang, semoga beroleh kesihatan yang berpanjangan seperti sebelumnya. Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Mohd Hakim bin Saidi. Majlis diteruskan dengan Ceramah Maulidur Rasul oleh penceramah jemputan dari Sekolah Vokasional Kuantan. Sebagai penutup, majlis diserikan dengan persembahan nasyid dan diakhiri dengan selawat beramai-ramai.


Kumpulan Nasyid pelajar lelaki menyampaikan nasyid Ya Rasulullah

Guru pelatih dan guru-guru yang bertugas menyampaikan pamplet dan cenderahati berupa bunga rampai  sibuk membuat persiapan akhir

Barisan guru yang berdedikasi masih sempat meluangkan masa membincangkan  perancangan strategik panitia masing-masing sebelum majlis bermula

Guru-guru yang khusyuk membaca Surah Yassin untuk dihadiahkan kepada Encik Mohd Zaib yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Ampang

Para pelajar sedang asyik menikmati Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan

No comments:

Post a Comment