Saturday, March 26, 2011

KURSUS ADOBE PHOTOSHOP DI KOLEJ KOMUNITI

26 Mac 2011 (Sabtu)
Kursus Jangka Pendek dianjurkan oleh Panitia Grafik Berkomputer dengan kerjasama Kolej Komuniti Paya Besar Gambang. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tingkatan empat tentang salah satu modul yang akan dipelajari nanti. Disamping memberi peluang kepada pelajar-pelajar merasai suasana  pembelajaran di IPTA berbanding di sekolah.
Seramai 24 orang pelajar menyertai kursus ini, dari jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Diakhir pembelajaran, pelajar diminta mengisi borang soal selidik tentang pengisian kursus ini yang mana rata-rata dari mereka berpendapat kursus seperti ini patut diadakan dimasa akan datang. InsyaAllah Panitia Grafik Berkomputer akan meneruskan aktiviti ini sekiranya mendapat maklum balas yang positif dan pelajar sanggup membayar kos kurus tersebut.


Dalam bas kolej, perjalanan ke Kolej Komuniti Paya Besar

Hadapan bangunan pentadbiran Kolej Komuniti Paya Besar

Serius nampak ! Sedang membuat assignment.....

Yang ni sorang senyum, sorang murung, faham ke tak tu ?

Concentrate penting dalam menghasilkan produk yang berkualiti  !

Cik Siti Nur Shuhada, tenaga pengajar pada hari tersebut

No comments:

Post a Comment