Saturday, January 29, 2011

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2011

Sabtu, 29 Januari 2011
Kejohanan Merentas Desa yang diadakan pada setiap tahun telah kembali merancakkan tahun 2011. Walaupun cuaca kurang mengizinkan, kehadiran pelajar-pelajar pada pagi ini amat membanggakan. Basah kuyup tidak dihirau asalkan dapat menyertai dan memeriahkan acara tahunan ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga SMK Pandan, dari pentadbir, guru dan pelajar-pelajar yang bertungkus lumus memastikan kejohanan ini berjalan lancar. Hidup Pandan.



Acara memanaskan badan oleh Pengawas-pengawas Kokurikulum


Walaupun becak dan berair, pelajar tetap bersemangat



Pelbagai gaya dan aksi ditunjukkan oleh pelajar-pelajar semasa warm-up



En Johari Budin selaku GPK Kokurikulum sentiasa menyibukkan diri memastikan acara berjalan lancar


Barisan pentadbir bersiap sedia untuk melepaskan pelajar-pelajar



Pn. Zuraini sentiasa enterframe, jangan marah ye...


Berteduh dibawah khemah mengelakkan dari hujan renyai-renyai


Guru yang berkaliber @ berkaki lebar?
Apa-apa hal guru jugak yang sentiasa sibuk.......nasib badan!


Pengetua melepaskan peserta-peserta merentas desa


Pesera kategori A jauh meninggalkan kawan-kawan di belakang

No comments:

Post a Comment